..::Hari Sabtu Yang Bercelaru::..
Perghhh...hari ni aku sampai kat opis pukul 7.00 pagi. Aku memang selalu sampai awal kat opis. Maklumlah aku duduk kat Kajang dan bekerja di Petaling Jaya. selalunya aku akan keluar dari rumah pada jam 6.10 pagi. Ehehehh...apa nak buat, demi mengelakkan kesesakan traffik yang aku melampau tahap DEWI aku terpaksa bertolak seawal itu. Hah....kenapa tak keluar pukul 7 atau 8 pagi??? Jawabnya muka aku akan jadi macam Incredible Hulk (tapi kulit coklat laaa... :p) bila aku sampai kat opis. Lenguh wooo tekan clucth!!! Tenaga yang dihasilkan melalui sarapan aku kat rumah habis begitu je (err...a.da lojik ke???) tanpa digunakan di tempat yang sepatutnya. Ok.....kalau dah sampai opis apa selalunya aku buat eh??? Ermmm...kalau mengantuk aku tidur dulu pasal opis aku start keje pukul 9 dan habis pukul 5. Kalau ada kerja banyak aku akan terus buat kerja tanpa tidur.
Hari ni aku menghabiskan masa dengan kerja (bukan pasal tu ke aku dibayar gaji???) :p yang melampau. Nak buat itu nak buat ini. Arghhhhh tension betul tapi apa nak buat, cari makan macam ni laa. So masa aku apdet blog ni pun dah pukul 5.30 petang so mata dah start kuyu..... Anyway malam ni selepas maghrib aku ada kenduri cukur jambul anak opismate aku kat langat. Kena laa pergi pasal nama pun dah kawan kan...Ermm...agak2nyer apa laa lauk kenduri tu eh :p. Ok laa kengkawan izinkan aku tido kejap pasal nak kumpul tenaga untuk majlis malam ni. Nak kunci alarm timer kat henpon nih... Bye2
P/s:Nasib baik S telefon, kalo tak memang kompom aku biol :p
No comments:
Post a Comment